Semalam...Hari ini...Esok...

Bercinta sampai syurga

Bercinta sampai syurga
Kuantan, Mac 2010

Tuesday, December 31, 2013

Lembaran 2014...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Alhamdulillah masih lagi di beri ruang untuk bernafas bersama2 insan tersayang... dah bersawang dan berabuk blog aku ni rupanya.. apa azam thn ni..entahlah ....cuma azam yang paling jelas ialah bersungguh2 dengan apa yang di buat..Allah suka bila kita buat sesuatu dengan bersungguh2..bukan melepaskan batuk di tangga.. yang pasti malam 2014 aku sibuk menyiapkan decoration classroom..hihi..puas hati seronok..teruja pun ada.. walaupun ada sedikit kerisauan syahmi kena penyakit HMFD, tapi insyaAllah Allah sembuhkan syahmi dengan segera. Kesian syahmi. Beberapa post gambar untuk permulaan 2014


Syahmi main air sebelum potong rambut...
masa syahmi leka main air..ayah pun mula operasi
uwaaaa...syahmi bangun tido..pakai baju pemberian tc. leez
lasaknya anak umi tido..time ni syahmi kena hfmd
sebabkan umi kena keje dari rumah so ni la projek yang umi sedang siapkan..

Wednesday, December 25, 2013

teruskan perjuangan ini wahai hamba...

kadang2 rasa malas.. kadang2 rasa penat.. kadang2 rasa entah apa lah yg aku buat tapi ..bila fikir semuanya kerana Allah.. aku gagahkan jua.... Ya Allah ..andai ini jalan yg engkau redhai mohon padaMu ya Allah ..berilah aku kekuaatan kerana aku terlalu lemah utk terus istiqomah... kerana aku rasa terlalu payah..

Monday, October 14, 2013

Misi berterusan...

sebagai satu langkah permulaan untuk sentiasa update blog.. cik puan isteri sedang berusaha ke arah mengecilkan gambar yg kat atas tu..huhu..dulu..pernah buat tapi tak ingat.. tu la lain kali apa-apa buat back up dulu :p ************************************************ salam Aidiladha 2013... (^_^) mcm mana agaknya ayah dan adik2 di sepang maaf ayah...... emi tak sanggup nak telefon... maaf adik-adik, kakakmu ini tidak kuat......

AzAm BaRu uNtuk MATLAMAT yang baRu...

Bismillahirrahmanirrahim...
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~

Dah lama nak update blog sebab setiap kali buka ..entry yang terakhir ialah pasal ayah nak kawin..
erm...tak nak fikir pasal tu walaupun sebenarnya bila setiap kali memikirkan tentang ayah..
apa yang ayah tengah buat..apa yang ayah makan hari ni...perkara tu juga lah yang terfikir...
bukan tak nak ayah kawin..lagi2 lepas arwah mak meninggalkan kami semua...tapi..entah..
macam2...dah la mizan tak balas sms hari ni..

esok hari raya haji...dan esok adalah raya haji pertama beraya tanpa arwah mak...mcm mana adik2...
tak sanggup  nak fikir...kebetulan kali giliran raya di meru..pagi td telefon ayah tapi ....**mood tak nak fikir pasal pagi tadi..so..x payah teruskan...

-------------------------------tutup citer ni-------------------------------------------------------------

Oh ya ...plan nak buat blog utk clasroom idea..boleh share mcm2 utk tadika.....kan bagus bila semua org dapat manfaat....insyaAllah

Tuesday, July 2, 2013

kahwin lagi...

huhuhu.... ayah telefon elok jer lepas aku abis ngajar..dari nada telefon aku tau ada perkara yang ayah nak share..ermm..betul kata hati ni..
Ya Allah, kalau betul perkara tersebut mendatangkan kebaikan untuk diri ayah, agamanya, keluarganya pada masa kini dan akan datang..aku mohon Kau mudahkanlah urusannya tetapi seandainya ya Allah perkara itu adalah sebaliknya ..maka Kau jauhkanlah perkara tersebut dari ayah dan kau jauhkanlah ayah dari perkara tersebut.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
semaknya kepala otak ..mcm2 nak fikir...nak sukan..training..kenduri di rumah lagi..oh Allah aturkan lah utk hambamu ini..ameen

Tuesday, April 23, 2013

2013..alhamdulillah..aku kini ibu

Allahu Akbar!!..
Dulu berhajat nak berblog la kononnya..sekrg baru perasan blog yg dah ada since 2010 tp entry nya boleh di bilang dengan jari..

sedar tak sedar sekarang dah menghapiri penghujun April 2013..diam tak diam 
Mohammad Saif Syahmi B. Mohd Sani dah berusia 6 bulan..masya Allah cepatnya masa berlalu... 
to be continue....



 Ermm..sedapnya




Tolong umi....syahmi tak nak duduk dlm ni

Friday, September 14, 2012

Dah seminggu rupanya...@Hosp Sg Buloh

Pejam celik..pejam celik rupanya dah seminggu bakal umi ni ada kat Hosp Sg Buloh..Kesian En Suami hari ni tak berapa sihat tp gagahkan juga nak ziarah Si isteri di hosp..
kelihatan muka en suami memang tidak sihat....sebelum balik En Suami minta dipinjamkan sweater milik Pn Isteri..kesian en suami...

Ya Allah berilah kesihatan yang baik pada suamiku, sihatkanlah dia,mdahkanlah segala urusan sepanjang ketiadaanku di sisinya...

"Cukuplah Allah swt menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"